haha.... nihh nak sambung citer....
bagi yg baru mengikuti... sila baca post dibawah *(post sebelum) untk lebih phm bce citer nihhh~
bagi yg baru mengikuti... sila baca post dibawah *(post sebelum) untk lebih phm bce citer nihhh~
http://mubassyirhaqyin.blogspot.com/2012/11/apabila-koyin-mula-menulisno1-malam-di.html
Jom setat~
APABILA KOYIN MULA BERCERITA
TAJUK CEREKA: PAGI DI BILIK ZARA.
Zara terjaga
daripada tidurnya yang nyenyak dek kerana laungan azan subuh dari surau
berdekatan. Laungan azan yang gegak gempita itu menggegar seluruh kawasan
perumahan Zara. Zara dengan hati yang malas serta berat bangkit dari tempat
tidurnya.
Zara merasa hairan sedikit pagi
itu. Ini kerana, semalam, setelah meminum air liur ninja yang tidak dikenalinya
itu, dia terus tertidur di atas katilnya yang empuk, tetepi pagi itu dia
terjaga di dalam almari bajunya.
Zara menjenguk ke luar tingkap bagi menghirup
udara pagi yang segar. Sedang asyik dia menghirup udara subuh yang sungguh
mempersonakan itu, dia terasa hendak terkentut. PRRRREEEEETTT. Zara melepaskan
kentutnya dengan muka yang sungguh puas. Tiba – tiba dia terasa seperti ada lendir
yang melekit pada punggungnya. Air yang berwarna coklat cair juga mengalir
keluar melalui kaki seluarnya. Zara tersenyum malu bersendirian di dalam
biliknya kerana dia sudahpun perasan bahawa dia tercirit di dalam seluar. Dia
mencalit sedikit kekotoran di seluarnya dan mengesat ke dinding bagi sentiasa
mengingati peristiwa emas yang telah berlaku pada pagi itu.
Entah kenapa perasaan Zara amat
gembira pagi itu. Zara berjalan setapak demi setapak ke pintu bilik, untuk
meneruskan hasratnya ke tandas bagi membersihkan punggungnya itu. Tiba di depan
pintu bilik, Zara tidak tidak dapat membuka pintu biliknya seolah – olah pintu
biliknya itu dikunci. Zara yang tadinya ceria terus marah dan mula menumbuk,
menendang serta ‘flying Kick’ pintu biliknya. Akan tetapi segala usaha kerasnya
itu tidak lebih Cuma perkara yang sia – sia. Pintu biliknya masih lagi tertutup
kemas.
Sedang fikiran Zara berteka –
teki, seorang lelaki yang hanya memakan seluar dalam serta topeng ninja menerpa
bahu Zara. Ninja itu mempunyai badan yang sasa, berdada segak dan luas serta
mempunyai enam ketulan di perut. Zara terkesima, terdiam dan seolah - olah
terpukau dengan ketampanan ninja itu.
Ninja itu melangkah setapak bagi
mengapai tombol pintu bilik Zara. Dengan hanya sekali pulas, pintu itu terbuka.
Tanpa berfikir panjang Zara terus melulu keluar dari biliknya kerana
punggungnya tidak henti – henti mengeluarkan lendir yang berwarna coklat cair.
Setelah membersihkan segala kekotoran, Zara kembali ke biliknya kerana mahu
berterima kasih kepada ninja itu, tetati hampa. Ninja itu telah hilang, hilang
bersama calitan di dinding bilik Zara.
TAMAT
P/S: CERITA INI TIDAK ADA KENA MENGENA DGN SESIAPA HIDUP ATAUPUN MATI.
KALAU KORANG TERASE?? LANTAK KORANG LAHH~