Sunday, December 2, 2012

Apabila Koyin mula menulis..NO2 - Pagi di bilik Zara

Assalamualaikum.. salam sejahtera..~ kpd seme yg sudi membace blog aq yg gempakk nihh..
haha.... nihh nak sambung citer....

bagi yg baru mengikuti... sila baca post dibawah *(post sebelum) untk lebih phm bce citer nihhh~

http://mubassyirhaqyin.blogspot.com/2012/11/apabila-koyin-mula-menulisno1-malam-di.html

Jom setat~


APABILA KOYIN MULA BERCERITA
TAJUK CEREKA: PAGI DI BILIK ZARA.

                Zara terjaga daripada tidurnya yang nyenyak dek kerana laungan azan subuh dari surau berdekatan. Laungan azan yang gegak gempita itu menggegar seluruh kawasan perumahan Zara. Zara dengan hati yang malas serta berat bangkit dari tempat tidurnya.

                Zara merasa hairan sedikit pagi itu. Ini kerana, semalam, setelah meminum air liur ninja yang tidak dikenalinya itu, dia terus tertidur di atas katilnya yang empuk, tetepi pagi itu dia terjaga di dalam almari bajunya.

                Zara  menjenguk ke luar tingkap bagi menghirup udara pagi yang segar. Sedang asyik dia menghirup udara subuh yang sungguh mempersonakan itu, dia terasa hendak terkentut. PRRRREEEEETTT. Zara melepaskan kentutnya dengan muka yang sungguh puas. Tiba – tiba dia terasa seperti ada lendir yang melekit pada punggungnya. Air yang berwarna coklat cair juga mengalir keluar melalui kaki seluarnya. Zara tersenyum malu bersendirian di dalam biliknya kerana dia sudahpun perasan bahawa dia tercirit di dalam seluar. Dia mencalit sedikit kekotoran di seluarnya dan mengesat ke dinding bagi sentiasa mengingati peristiwa emas yang telah berlaku pada pagi itu.

                Entah kenapa perasaan Zara amat gembira pagi itu. Zara berjalan setapak demi setapak ke pintu bilik, untuk meneruskan hasratnya ke tandas bagi membersihkan punggungnya itu. Tiba di depan pintu bilik, Zara tidak tidak dapat membuka pintu biliknya seolah – olah pintu biliknya itu dikunci. Zara yang tadinya ceria terus marah dan mula menumbuk, menendang serta ‘flying Kick’ pintu biliknya. Akan tetapi segala usaha kerasnya itu tidak lebih Cuma perkara yang sia – sia. Pintu biliknya masih lagi tertutup kemas.

                Sedang fikiran Zara berteka – teki, seorang lelaki yang hanya memakan seluar dalam serta topeng ninja menerpa bahu Zara. Ninja itu mempunyai badan yang sasa, berdada segak dan luas serta mempunyai enam ketulan di perut. Zara terkesima, terdiam dan seolah - olah terpukau dengan ketampanan ninja itu.

                Ninja itu melangkah setapak bagi mengapai tombol pintu bilik Zara. Dengan hanya sekali pulas, pintu itu terbuka. Tanpa berfikir panjang Zara terus melulu keluar dari biliknya kerana punggungnya tidak henti – henti mengeluarkan lendir yang berwarna coklat cair. Setelah membersihkan segala kekotoran, Zara kembali ke biliknya kerana mahu berterima kasih kepada ninja itu, tetati hampa. Ninja itu telah hilang, hilang bersama calitan di dinding bilik Zara.

TAMAT

P/S: CERITA INI TIDAK ADA KENA MENGENA DGN SESIAPA HIDUP ATAUPUN MATI.
      KALAU KORANG TERASE?? LANTAK KORANG LAHH~

1 comment:

Comments system

Disqus Shortname